Want your
own Fotopage?








 
aki's FotoPage
Image Hosted by FileHive.com
By: aki ika

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  >  >>]    [Archive]
Thursday, 3-Jul-2008 02:43 Email | Share | | Bookmark


Care to comment?


Thursday, 3-Jul-2008 02:11 Email | Share | | Bookmark


Care to comment?


Wednesday, 25-Jun-2008 07:07 Email | Share | | Bookmark
RAHSIA MENJADI AYAH YG BERKESAN

BEBERAPA kajian menunjukkan bahawa kehadiran ayah menyumbang terhadap kejayaan anak dalam setiap fasa kehidupan mereka. Kajian itu disimpulkan dalam Father Facts, Edisi Ketiga (199, antaranya:

Bayi yang mempunyai ayah yang selalu bersama-sama anaknya di lapan minggu pertama, lebih berkemampuan menangani tekanan di alam persekolahan.

Anak yang rapat dengan ayahnya pada zaman kanak-kanak menjadi ejen `penyelesai masalah' yang baik apabila dewasa berbanding kanak- kanak yang tidak dipedulikan oleh ayahnya.

Apabila anak lelaki dan perempuan dididik dan dibelai oleh ayahnya serta sentiasa di sampingnya, sikap mereka apabila dewasa menjadi lebih berinisiatif dan mampu mengawal diri.

Kanak-kanak yang mempunyai hubungan rapat dengan ayahnya ketika zaman tumbesarannya akan menjadi seorang remaja dan orang dewasa yang seimbang.

Anak yang tidak berbapa.

Kajian menunjukkan kekosongan daripada belaian kasih ayah mempunyai hubungan rapat dengan pelbagai permasalahan gejala sosial dan prestasi pembelajaran anak-anak. Anak yang tidak tinggal dengan ayahnya menunjukkan gejala seperti di bawah:

Lima kali lebih teruk prestasi pembelajaran.

Tiga kali lebih ramai yang mengandung tanpa nikah.

Lebih 50 peratus kemungkinan keciciran dalam pembelajaran, terbabit dengan gangsterism, penyalahgunaan dadah dan jenayah juvana.

(Sumber: Pusat Kebapaan Kebangsaan)

Tujuh rahsia menjadi ayah yang berkesan.

Ramai lelaki terbilang berjaya dan berbangga kerana menjadi seorang ayah cemerlang dan berkesan. Menurut kajian dari Ken Canfield, pengasas dan juga Presiden Pusat Kebapaan Kebangsaan dalam penyelidikannya mengenai `kebapaan' ada tujuh rahsia menjadi ayah yang berkesan:-

Bapa yang komited dan bertanggungjawab.

Jalankan tugas bapa dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab. Kenal pasti apakah tugas anda sebagai bapa dalam rumah tangga. Tunjukkan dan beritahu anak bahawa anda juga ada tugas dalam rumah tangga, disamping ibu mereka.

Anda bukan hanya bertugas di luar. Sekali-sekala berikan mereka peluang untuk mengutarakan pandangan atau menegur anda jika terlupa atau terlalai melakukan tugas anda di rumah.

Selalu memeriksa dan memantau apakah anda telah melaksanakan tugas di rumah. Bayangkan `hadiah' atau `anugerah' yang bakal didapati (sama ada di dunia atau akhirat) jika anda menjadi ayah cemerlang!

Kenali anak anda.

Ambil masa untuk mengenali secara khusus keunikan dan kualiti anak anda. Libatkan diri dalam dunia mereka, hadiah yang mereka sukai, ketakutan, kekecewaan malah impian dan cita-cita mereka. Cuba ingatkan semua nama kawan mereka serta pembawaan masing masing.

Kenal pasti apa yang selalu mengecewakan, ditakuti, dibenci, paling memalukan serta yang boleh memberi motivasi dan perangsang kepada mereka

Istiqamah (tetap pendirian)

Apabila anak tahu apa yang bapa mahukan, mereka akan lebih berasa yakin serta boleh menyesuaikannya dengan kehendak anda. Jadi, istiqamah, tetap pendirian serta konsisten.

Ada enam tempat anda perlu konsisten iaitu hadkan perubahan mood (jangan terlalu mengikuti perasaan); sentiasa ada di rumah (selalu menghadirkan diri dalam acara kekeluargaan); kotakan apa yang dikata, bukan cakap tidak serupa bikin; sentiasa menjaga moral dan adab sopan; mempunyai atur cara kehidupan teratur serta ada hobi dan kegemaran baik yang boleh dilihat dan diikuti.

Melindungi, menyara dan mendoakan.

Sediakan suasana dan rasa selamat dalam rumah dengan memberikan respon yang positif setiap kali berlaku krisis dan permasalahan dalam rumah. Paling penting anda memberikan saraan yang cukup kepada mereka. Bapa tidak boleh menghalang berlakunya krisis, tetapi tindakan anda ketika berlaku krisis dan mengembalikan suasana normal, sebenarnya `mengajar' anak menangani krisis. Jangan lupa doakan untuk anak selepas solat.

Mencintai ibu mereka.

Zahirkan cinta anda kepada isteri anda di depan anak untuk menunjukkan satu hubungan suami isteri yang intim dan bermakna. Jadikan diri anda sebagai anggota dalam pasukan `keibubapaan', bukan hanya ibu. Inilah langkah dan hadiah terbaik untuk anak.

Dalam jangka panjang, anak mendapat manfaat yang sangat bernilai daripada hubungan ibu bapa yang hormat menghormati, bekerjasama dan berkasih sayang.

Menjadi pendengar yang baik

Sedarlah bahawa anak mudah tersesat atau terpesong dalam arus dunia. Dengar apa yang mereka katakan dan apa yang tidak terluahkan. Tunjukkan kepada mereka bahwa mereka `berhak' untuk didengari dan diberi perhatian.

Jadikan diri anda `pemimpin' kerohanian.

Beri peluang anak anda mengenali Allah dengan menunjukkan `keimanan' dan amal harian anda yang selari dengan tuntutan agama. Bersolat bersama-sama dan jadi imam dalam solat lima waktu di rumah. Bawalah mereka bersama-sama menunaikan solat berjemaah di masjid. Selalu bercerita mengenai makhluk yang dicintai Allah di bumi dan langit.

Care to comment?


Wednesday, 25-Jun-2008 06:37 Email | Share | | Bookmark
Tips Mendidik Anak


Menurut Pakar Motivasi dari Hasan Hj Mohd Ali
' terdapat 40 kesilapan ibubapa dalam mendidik anak-anak. Iaitu;

1) Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.

2) Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.

3) Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak.

4) Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak.

5) Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disaji untuk anak-anak.

6) Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan.

7) Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan.

Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak.

9) Kurang melahirkan kasih sayang.

10) Sering mengeluh di hadapan anak-anak.

11) Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi & pulang dari sekolah.

12) Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan.

13) Tidak memberatkan pendidikan agama dikalangan anak-anak.

14) Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak.

15) Tidak programkan masa rehat dan riadah anak-anak.

16) Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca.

17) Mengizinkan anak menjamah makanan @ minuman yang tidak halal.

1 Tidak tunjuk contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak.

19) Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak.

20) Terdapat jurang komunikasi di antara ibu bapa dan anak-anak.
21) Tidak menggunakan bahasa yang betul.

22) Suka bertengkar di hadapan anak-anak.

23) Senantiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak.

24) Tidak Membimbing Anak-anak supaya mematuhi syarat.

25) Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak.

26) Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak.

27) Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak.

2 Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak.

29) Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak.

30) Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak.

31) Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak.

32) Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak.

33) Kerap Meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan oleh anak-anak.

34) Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

35) Sering mengancam dan menakutkan anak-anak.

36) Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan.

37) Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman keatas anak-anak.

3 Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak.

39) Tidak tegas mendidik anak-anak.

40) Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama.

Teknik mengajar anak MENGHORMATI and mengeratkan hubungan ibu bapanya

1. Jika si ibu marahkan anak, bapa DILARANG backing anak semasa anak itu dimarahi. Begitulah sebaliknya. Jika tidak, anak akan hilang rasa hormat terhadap ibu/bapa yang memarahi. Anak mencontohi apa yang diajar/dididik oleh ibu bapanya. Apabila berlaku percanggahan arahan/undang2, anak akan menjadi keliru arahan/undang2 siapakah yang patut dipatuhi. Si ibu atau si bapa. Apabila berlaku pertentangan pendapat yang terang2 ditunjukkan ibu bapa ke atas anak ketika dimarahi, ia telah menjatuhkan MARUAH dan MARTABAT orang yang memarahi (ibu/bapa). Anak hilang rasa hormat dan merasakan perbuatan nakal mereka adalah betul belaka kerana ada yang backing.

2. Bapa DILARANG menengking/mengherdik/bertengkar Ibu di hadapan anak2. Begitulah sebaliknya. Anak mencontohi tindak tanduk ibu bapa. Satu rutin putaran kehidupan akan kembali dilakukan oleh anak ke atas ibu yang sering ditengking oleh bapa di hadapan anak2.

3. Sentiasa masak untuk anak dan ajak anak sama-sama masak/makan, makanan hasil tangan ibu ini dapat mengeratkan hubungan rohani anak dan ibu.

4. Ibu bapa MESTI makan bersama anak-anak

Care to comment?


Wednesday, 25-Jun-2008 02:25 Email | Share | | Bookmark
Mak Abah

Ya Allah

Rendahkanlah suara ku bagi mereka

Perindahkanlah ucapanku di depan mereka

Lunakkanlah watak ku terhadap mereka dan

Lembutkan hati ku untuk mereka



Ya Allah

Berikan mereka balasan yang sebaik-baiknya

Atas didikan mereka padaku dan

Pahala yang besar keatas kesayangan

Yang mereka limpahkan kepada ku

Peliharalah mereka sebagaimana

Mereka memelihara ku



Ya Allah

Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau

Kesusahan yang mereka deritakan kerana aku

Atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatan ku

Jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka dan

Bertambahnya pahala kebaikan mereka

Dengan perkenan mu jua ya Allah

Hanya Engkalah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan



Ya Allah

Bila magfirah mu telah mencapai mereka sebelum ku

Izinkanlah mereka memberi syafa’at untuk ku

Tetapi jika sebaliknya

Maka izinkanlah aku memberi syafa’at untuk mereka

Sehingga kami semua berkumpul bersama

Dengan santunan mu di tempat kediaman

Yang dinaungi kemulian mu

Ampunan mu serta rahmat mu

Sesungguhnya Engkaulah

Yang memiliki Kurnia Maha Agung serta

Anugerah yang tak berakhir dan

Engkaulah yang Maha Pengasih diantara

Semua pengasih

Amin Ya Rabbul Alamin.





Emak! Abah..

perlukah aku rasa malu untuk mengaku,

aku adalah anak peneroka dari Felda Lui Timur

..Biarlah hanya si Tanggang seorang sahaja yang cuba melupakan asal-usulnya



Care to comment?


Wednesday, 25-Jun-2008 02:21 Email | Share | | Bookmark
??pelangi untukku?

"Kadangkala Alam menyembunyikan matahari..
maka didatangkan petir dan kilat..
ada yang menangis dan tertanya-tanya,
kemanakah hilangnya sinar..
Rupa-rupanya.. Alam nak menghadiahkan indahnya pelangi.."

Care to comment?


Wednesday, 25-Jun-2008 02:19 Email | Share | | Bookmark
AKU YANG LEMAH...




Ya Allah,
semoga Kau menganugerahi kekuatan yang lebih, buat ku hari ini, esok hari dan hari-hari seterusnya. saat ini, tak ada yang aku perlu, selain dari Rahmat Mu, sebagai pelindung untuk aku menghadapi derasnya dan kejamnya dunia ini. dan semoga barakah MU, bisa melembutkan semula hati ku yang makin keras, mencairkan semula air mata yang makin kering, dan menyucikan lagi hati yang makin hitam..
ya Allah, tetapkan hati ku, buangkan keraguan yang bersarang, kurniakan aku keyakinan untuk aku menepis ajakan dan rayuan2 manis dunia dan se-isinya, pelihara aku dari pujukan yang melalaikan..

ya Allah, ampunkan aku kerana sekali lagi, aku terleka dengan asyiknya kurniaan nikmat mu yg sementara, lantas aku lupa akan arah tuju ku.. anugerahi aku dgn kecerahan mata hati, biar langkah ku tidak lagi bengkok.. agar aku tidak lagi tercicir dari destinasiku.. permudahkanlah urusan ku dalam mencari kebahagiaan yang ku idamkan...

ya Allah, cabut dan lempar jauh kesedihan yang ku rasa saat ini, kerana tanpa Rahmat Mu, aku tidak berdaya untuk mengharungi hatta satu malam. ya ALlah, bantu aku menambah iman dan taqwa pada Mu, tiadalah upaya jika aku dibiarkan sendirian untuk mengharungi malam-malam selepas ini..

ya Allah, aku percaya akan perancangan Mu untuk ku, maka dengan itu, aku minta petunjuk dan hidayah Mu, agar aku diberikan ketenangan jiwa dan bebas dari belenggu ini.. tetapkan hati ku sujud pada Mu, dan hindarkan aku dari kesakitan yang melalaikan aku dari sisi Mu.

ya Allah, saat mata ku pejam, hindarkan ingatan ku darinya, aku yang lemah tak punya kekuatan untuk mengharungi detik ini sendirian.. hilangkanlah kerinduan ini.. tepiskanlah kerisauan di hati .. jadikan aku hambamu yang tahu bersyukur pada apa yang telah dikurniakan..kaki ini telah jauh melangkah ya allah .. jiwa ini kembali mencari mu ya allah .. berkatilah segala usaha ku.. hanya kepada mu, ku letakkan harapan setelah apa yang terjadi..

padamu ku mohon kehebatan kuasa Mu, sekiranya ini bukanlah yang terbaik untuk ku dan untuk nya, pisahkan aku dari ingatan-ingatan ini, agar khusyuk hatiku mengingat pada Mu ya Allah.... ameen ya rabb....


Care to comment?


Wednesday, 25-Jun-2008 01:07 Email | Share | | Bookmark

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Berlindung diri ini Ya Allah dengan Kuasa Mu, ucapan alhamdulillah syukur nikmat kpd Allah..Tuhan sekalian alam...Alhamdulillah dgn izinNya..masih lagi aku dapat merasai keindahan alam maya ini...malunya aku di bumi Allah ini….sungguhpun aku sedar akan semua nikmat ini… masih lagi aku lemah

Utk memenuhi janji ku pada Mu Ya Allah…. pelbagai dosa serta kemungkaran aku lakukan ...Astagfirullah....teruknya diriku...jahilnya aku dalam mengenal dan mencari cintaMu Ya Allah …. Mengapa aku gagal selalu … Tuhanku..kekasihku....sedangkan aku tahu..cintaMulah segala2nya buat

Diriku .. tiada kecewanya bagi diriku..malah kebahagian yang kau janjikan berkekalan hingga ke akhir hayatku...Ya Allah ..mengapakah diri ini masih begini… seolah tidak pernah sedar akan itu semua.. mengapa aku sedih tanpa cinta manusia di dalam diriku...mengapa aku kecewa dengan cinta dunia …..mengapa aku kecewa tanpa kasih sayang manusia pada diriku…mengapa perhatian ku banyak pada itu… mengapa aku perlu menangis kerana cinta, mengapa tidak aku menangis khalwat dengan Mu Ya Allah …....mengapa cinta dan kasih sayang makhluk yg mesti aku cari... sedangkan aku tahu..semua itu

tidak menjamin apa2..semua itu tidak memberi apa2..tanpa redha Mu …tapi kenapa..kenapa...Ya Allah bantulah hambaMu ini...buka kanlah hati ini untuk mencari cahaya dan berjuang kerana Mu Ya Allah…Ya Allah, susahnya...susahnya melawan nafsuku ..nafsu diriku ini….aku menangis ,meratap dan merayu…..mudahnya aku tewas….....Ya Allah bantulah aku ..hambaMu ini...Aku lemah..aku lemah ya Allah pada pertarungan nafsu...aku lemah....aduh pedihnya hati..sedihnya diri..tak reti menghargai kasih

sayang dan pemberianMu...aduh..Ya Allah...hatiku gelisah ..hatiku resah..kekadang terfikir apakah tindakan aku ini betul..adakah begini yang Engkau kehendaki utk menuju jalanMu..Ya Allah tapi hatiku sedih... ya Allah..sedih kerana melakukan semua itu..redhaMu yang aku harapkkan Ya Allah......aku

resah..resah..setiap kali amalku berubah menjadi maksit ya Allah....aku gelisah,....kadang2 tak mampu aku mengharungi semua itu...ya Allah…..payahnya...payah...ya Allah…. aku tahu ..aku sedar .....tapi mengapa

aku lakukan juga..aku tahu punca gelapnya hati..aku tahu punca rosaknya jiwa,,aku tahu dosa ,neraka dan pahala...aku juga sedar ttg syurga.....namun mengapa aku umpama tak pernah dikenalkan dgn semua itu...mengapa..wahai diri..terus mahu di belenggu dosa?...mengapa?... masa terlalu suntuk… untuk aku mengadu sesal ..utk ku bertaubat sungguh… entahkan esok entahkan lusa… atau seminit dua…. Bila2 saja… nyawa ini terlepas jua Innalillah hiwainnailaihirajiunn.. semuanya hak Allah…....ya Allah Berilah

kekuatan…berikanlah kesempatan…tunjukkanlah cahaya Mu Ya Allah….Ku pohon semua ini … dengan diri yang hina disisi Mu ya Allah… Amin ya rabbal alamin…..





Buat insan yang hina ini….

sedar cinta sebahagian nafsu semata…

kan ku lepaskannya jua setelah satu dua gagal ku pertahankan..

lara ku … Ya Allah



Care to comment?


Wednesday, 25-Jun-2008 01:02 Email | Share | | Bookmark

Ayahanda Bonda

Anak ini menangis

Dari dulu hingga kini

Sendu dan syahdu ibu…pilu lagi sayu abah

Tak sudah menyusahkan dan menggelisahkan kalian…

Tak tahu dan tak sedar….

Sebenarnya anak ini kalian sayang

Oh …Ya Allah

Bagaimana anak ini menghadapi dunia…

Tiada batasan masa dan sudut … kalian harus disamping

Kerana Diriku Yang Kegelisahan

Tidak sunyi dari kelalaian dan keterlanjuran

Akibat Nafsu dan kejahilan sendiri

Membutakan Langkah yang benar



Ibu ….Anak ini mengadu

Abah….Anak ini sesal

Dewasa ini menyingkap kembali

Apa yang telah ku buat utk Mu….Baik atau buruk

Kenapa kalian meraub duka…

Mana salahnya….Tangisan Sayup Kedengaran

Disuatu masa itu …Gelora kesedihan membayu titisan

Sederas besarnya salah ku

Sayu Pilu Mengenangkan

Diri waris tiada haluan

Kelam silaturahim dalam sinaran



Tuhan... Wahai Tuhanku

Ampunilah mereka itu...

Juga saudara-saudara ku

Tuhan... Redhailah jalan kami

Redhailah haluan kami…Agar tak sesal lagi

Berliku dipenjuru waktu….Didetik saatnya



Biarpun dewasa ini

Semakin panjang akal …

Masih berharap diperbatasan amanat

Ar-Rahman...

Kaulah Tuhan-ku

Ar-Rahim Aku Merayu



24 sudah….seakan sehari mengenal dunia

2001 lahir ku…. Diluhur rembulan ………kuatku lagi untuk menyingkap

menebar kabus menahan kesal …diambang anjung

namun ‘jangan’ bentak keluhuran …ah apa silapnya…

oh…sejarah silam…..

Ya Allah …lahir ku tidak untuk mencabar kemurnian

Dunia..restuilah cara ku


Care to comment?


Wednesday, 25-Jun-2008 01:00 Email | Share | | Bookmark

Buat Sahabat...
sememangnya diri menaruh perasaan pd mu suatu ketika dulu..namun demi mencongak masa depan kita, aku memendamnya. bertahun aku cuba memeliharanya.. bertahun juga aku cuba mengembangkannya..namun aku gagal seiringan dengan mu..aku terlalu mentah menjanjikan kebahagiaan buat mu..walau nyata aku telah kehilangan mu, namun aku masih dan tetap berharap agar persahabatan ini yg telah bertahun lamanya tidak akan putus malahan membuahkan berkat yg berpanjangan utk kita..keluarga kita mahupun generasi kita..sekian utk tatapan sahabat...tiada toktah utk sahabat

Care to comment?


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.