Want your
own Fotopage?








 
aki's FotoPage
Image Hosted by FileHive.com
By: aki ika

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  16  17  18  [19]  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 30-Aug-2005 12:00 Email | Share | | Bookmark

 
 
 
View all 5 photos...

Care to comment?


Tuesday, 30-Aug-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark

indah menenangkan
selembut sutera
tinggal merindu
View all 25 photos...
Zuriat
Rencana Dari Keluarga.net Malaysia:

Mendapat cahaya mata dari baka sendiri cukup membahagiakan si ibu. Demikian juga si ayah. Lebih-lebih lagi saat menunggu kelahiran penyeri rumahtangga ini sudah terlalu lama. Si ibu rasa bangga kerana berjaya memenuhi hasrat suami dan keluarga. Bahkan, si ibu sendiri cukup puas dan bersyukur kepada Ilahi kerana dikurniakan anak yang diimpikannya.

Anak adalah anugerah Ilahi. Rezeki dan kurniaan dari Allah SWT kepada pasangan suami isteri. Semua pasangan secara fitrahnya berhajat dan sentiasa mengharapkan kurniaan ini. Sama ada pasangan yang Muslim mahupun bukan Muslim. Oleh itu, ibu bapa Muslim harus tahu menilai kurniaan ini. Anak adalah amanah Allah. Ibu bapa harus tahu hakikat ini. Ini tuntutan Islam. Ibu bapa yang tidak faham dan tidak tahu menilai anugerah ini akan mengabaikan kewajiban mereka. Tanggungjawab menjaga dan mendidik anak dianggap remeh.

Tidak semua orang yang berkahwin mudah dan cepat menimang cahaya mata. Allah yang menentukan dan mengurniakan amanah ini. Oleh itu, pasangan yang telah diizinkan oleh Allah mendapat anak mesti menjaganya dengan baik. Curahkan kasih sayang dan perhatian yang sebaik dan seimbang mungkin menurut perintah Allah dan didikan Rasulullah SAW.

Allah SWT berfirman, “Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya), dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.” (asy-Syura: 49-50).

Oleh itu, kita wajib menyambut anak yang lahir dengan penuh kesyukuran dan kasih sayang kerana ini nikmat dari Allah SWT. Nikmat yang akan menjadi penyeri rumahtangga. Membahagia dan menyenangkan hati suami. Apatah lagi si isteri. Firman Allah, “Dan orang-orang yang berkata: Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami)”.
(al-Furqan: 74).

Allah SWT juga ada merakamkan doa hamba-hambanya yang mahukan pewaris perjuangan mereka. Misalnya, doa Nabi Zakaria, “Ya Rabbi, kurniakan aku seorang anak yang baik di sisi Engkau.” (ali Imran: 38). “Anugerahkan aku seorang putera, yang akan mewarisi sebahagian keluarga Ya’kub.”
(Maryam: 5-6).

Bahkan, anak yang baik ini akan memberi manfaat kepada ibu bapa apabila kembali kepada Allah. Akhlaq Hussain pernah mengungkapkan, “Anak-anak yang soleh akan menjadi sumber sedekah jariah bagi ibu bapa”. Itupun jika anak-anak itu dididik, diasuh dan dijaga diri serta jiwa mereka dengan sempurna hingga menjadi mukmin yang sebenar. Hanya anak soleh yang melayakkan seorang ibu atau ayah memperolehi sedekah jariah di akhirat nanti.

Kita menyedari bahawa Allah SWT telah memerintahkan setiap Muslim supaya menjadikan diri sebagai manusia yang dikehendaki Allah iaitu rabbani. Allah berfirman, “Hendaklah kamu menjadi manusia-manusia rabbani”. (ali-Imran: 79). Ibu bapa mempunyai tugas berat mendidik anak-anak yang rabbani. Satu tanggungjawab yang suci untuk menghasilkan manusia-manusia yang hanya taat kepada Allah dan RasulNya. Amanah ini cukup berat, tapi ia akan ditanya oleh Allah kelak.

Rasulullah SAW bersabda, “.... dan setiap suami adalah pemimpin bagi keluarganya. Ia akan diminta pertanggungjawabannya dan setiap isteri adalah pemimpin atas penghuni rumah dan anak suaminya, dan ia akan diminta pertanggungjawabannya”.

Sehubungan itu, ibu bapa mesti memahami dan menunaikan setiap hak anak yang dipikulkan kepada mereka. Sabda Nabi, “Hak anak ke atas ayahnya ialah memberinya nama yang baik, mengajarnya menulis, mengahwinkannya apabila sudah cukup umur dan mengajarnya al- Qur’an”. (Riwayat al-Hakim & ad-Dailami).

Baginda SAW juga pernah bersabda, “Tidak ada suatu pemberian yang lebih baik daripada seorang ayah kepada anaknya daripada budi pekerti yang baik”. (Riwayat at-Tirmidzi).

Di samping itu, kasih sayang ayah dan ibu mesti diberi kepada anak-anak. Ini hak mereka. Perhatian dan kasih sayang mereka perlukan untuk menjadi insan rabbani. Akhlaq Hussain menulis, “Seandainya ibu bapa tidak melayani anak-anak mereka dengan kasih sayang, bagaimanakah mereka mengharapkan anak itu berkelakuan baik kepada mereka?”.

Oleh itu, mendidik anak-anak menjadi insan soleh adalah tanggungjawab dalam agama Islam. Ibu bapa tidak seharusnya gagal mendidik anak-anak di dunia ini. Jika gagal mendidik anak kerana lalai, maka beban yang berat akan dipikul di akhirat nanti. Allah SWT telah memperingatkan perkara ini menerusi firmanya, “Wahai orang-orang yang beriman! Selamatkan diri kamu dan anggota keluarga kamu daripada api neraka”. (at-Tahrim: 6).

Anak-anak adalah penyambung kehidupan keluarga dan penerus hasrat ibu dan ayah. Mereka mesti dididik agar menjadi anak yang soleh. Dipersiapkan untuk memikul dan melaksanakan tugas menyebar dan membela Islam. Merekalah yang mewarisi kerja-kerja kita yang belum selesai. Mereka mesti bertanggungjawab untuk menyambung tugas suci ini dengan lebih berkesan.

Oleh itu, cuba tanya diri kita. Seriuskah kita dalam kerja mendidik ini? Betulkah cara yang kita guna untuk mendidik, mengasuh dan menjaga anak-anak kita? Adakah kurniaan ini kita anggap beban? Atau orang yang diseru dan dididik kefahaman, kesedaran dan peribadi mereka? Inikah cara didikan yang disyariatkan oleh Allah SWT dan ajaran Nabi SAW?

Renungkan lah.


luasnyer landscape Sat 10-Sep-2005 02:49
Posted by:jejaka  - [Link]
ade gambar langkawi n perhentian...nak yg kat malaysia jer ke? esok kite upload mmlm ni dah ngantukzzz Sat 17-Sep-2005 18:30
Posted by:cikrizarina
tak ksah foto pemandangan kt mana...asalkan kt Malaysia... untuk kita sesama hargai hasil kreativiti kita... Mon 19-Sep-2005 00:44
Posted by:aki em_waja@yahoo.com  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Monday, 29-Aug-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark

Buat isteri tersayang
isteri sayang
 
View all 11 photos...
Cahayaku,

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".(An-Nissa':34)

Surah yang diberikan kemuliaan buat insan yang bergelar wanita. Istimewanya dirimu sehinggakan Allah menukilkan pesananNya dalam surah khusus buatku. Dan itulah janji-janji Allah bahawa seorang wanita yang solehah itulah mutiara syurga buat suaminya walaupun kekayaan duniawi tidak terhampar di kakiku.

Maafkan aku kiranya tiada harta yang mewah, mutiara atau kilauan permata kupersembahkan dalam hidupmu. Tetapi, aku hanya mampu menjanjikan hantaran yang paling berguna untuk kita berdua sepanjang zaman. Itulah panduanNya, Qalamullah. Islam menegaskan agar ku ajar dirimu mengenal Allah, zat yang agung. Itulah kunci kesempurnaan yang hakiki.

Hanya ku pohonkan
Lapangan dada mu... ikhlasnya hati mu..menerima aku ... menerima masa depan ku.. menerima hasrat ku... menghargai pertimbangan ku....
Kata-kata ku belum berkubur... ingin ku sempurnakan hasrat ku... dikala aku diam dan tenang suatu ketika dulu.. untuk aku bawa dikala diam dan tenang ku dihujung masa... menemui NYA

u r so meaningfull 2 me...

Sat 17-Dec-2005 11:54
Posted by:sayangmu... ida2104@yahoo.com
Today I married my best friend,
Our bond complete, it hath no end,
We share one soul, we share one heart,
A perfect time - a perfect start.

With these rings we share together,
Love so close to last forever,
This special day - two special hearts,
Let nothing keep this love apart.
Sat 17-Dec-2005 12:00
Posted by:your loving wife.... ida2104@yahoo.com
From this day forward, you shall not walk alone. My heart will be your shelter, and my arms will be your home.
Sat 17-Dec-2005 12:02
Posted by:your loving wife... ida2104@yahoo.com
View all 4 comments Add comment


Saturday, 27-Aug-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
solat

 
 
RUKUN SEMBAHYANG
(13 PERKARA)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Mereka itu
adalah orang-orang yang khusyuk dalam sembahyang. Dan mereka
juga menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia
(dunia dan akhiat)" - (Maksud surah Al Mukminun: Ayat 1-3)
1. NIAT - di dalam hati (Menentukan sama ada sembahyang
fardhu, sunat dan semumpamanya.
2. QIYAM - (Berdiri dengan betul bagi yang berkuasa).
3. TAKBIRATUL IHRAM - (Wajib dilafazkan bagi yang berkuasa).
4. MEMBACA SURAH AL-FATIHAH PADA SETIAP RAKAAT.
5. RUKUK SERTA TOMAKNINAH.
6. IKTIDAL
7. SUJUD
8. DUDUK ANTARA DUA SUJUD DAN TOMAKNINAH
9. TASYAHHUD/TAHIYYAT AKHIR
10. DUDUK TASYAHHUD AKHIR
11. SELAWAT KE ATAS NABI S.A.W.
12. SALAM PERTAMA
13. TERTIB.
TERTINGGAL RUKUN.
Sesiapa yang tertinggal rukun sembahyang tidak boleh diganti
dengan sujud sahwi, malahan jika dia teringat ketika sembahyang,
wajib bersegera mengulangi sembahyang dari tempat yang tertinggal itu.
____________________________________________________________________
SUNAT SEMBAHYANG
SUNAT DALAM SEMBAHYANG TERBAHAGI KEPADA
2 BAHAGIAN IAITU:
A. SUNAT HAI'AH - Sekiranya ditinggalkan, tidak dituntut
melakukan apa-apa. Ianya pada 14 tempat iaitu:
01. Mengangkat tangan.
i. Ketika takbiratulihram
ii. Ketika rukuk
iii. Ketika iktidal
iv. Ketika bangun dari sujud.
02. Meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri diantara
dada dengan pusat dan memegangnya.
03. Membaca doa iftitah
04. Membaca A'uzubillah.
05.Membaca Fatihah dan surah dengan suara yang kuat pada
2 rakaat yang pertama seperti pada sembahyang Maghrb, Isyak,
Subuh, Jumaat, dua hari raya dan sebagainya.
06. Membaca 'Amiin' selepas fatihah
07. Membaca surah selepas fatihah
08. Membaca takbir (Allahhu Akhbar) ketika rukuk dan
membaca (Sami'allah huliman hamidah) ketika bangun
dari iktidal.
09. Membaca tasbih ketika rukuk
10. Membaca tasbih ketika sujud
11. Meletakkan kedua tangan di atas peha dengan melepaskan
semua anak jari semasa duduk antara dua sujud
12. Duduk "Iftiraasyi' iaitu duduk di atas buku lali kiri dengan
menegakkan tapak kaki kanan pada semua duduk
13. Duduk `Tawarruk' iaitu duduk pada tahiyyat akhir dengan
mengeluarkan kaki kiri ke sebelah kanan dan punggungnya
diletakkan di atas lantai sedang kaki kanan menegak.
14. Memberi salam yang kedua.
B. SUNAT AB'ADH - iaitu jika ditinggalkan, maka ia dituntut
untuk melakukan sujud sahwi. Ianya ada pada 7 tempat iaitu:
01. Duduk tahiyyat awal
02. Membaca tahiyyat awal
03. Selawat dalam tahiyyat awal
04. Doa qunut Subuh dan juga pada solat witir 15 yang
terakhir Ramadhan.
05. Selawat dalam qunut
06. Berdiri semasa berqunut
06. Selawat ke atas keluarga nabi semasa tahiyyat akhir.
____________________________________________________________________
MAKRUH SEMBAHYANG
PERKARA YANG MENGURANGKAN PAHALA SEMBAHYANG
01. Meninggalkan yang sunat
02. Memaling muka ke kanan dan ke kiri
03. Memandang atau mengankat muka ke atas
04. Rukuk dan sujud yang dilakukan dengan tidak sempurna
05. Menyapu pasir atau tanah yang terdapat di tempat sujud
ketika hendak sujud kecuali perbuatan itu dilakukan hanya
sekali dalam keadaan terpaksa
06. Meludah ke kanan atau ke hadapan sebaliknya hendaklah
meludah ke kiri atau ke bawah tapak kaki kirinya (jika solat
berseorangan dan tidak dilakukan di dalam masjid).
07. Solat dengan meletakkan kedua-dua tangannya
pada pinggang
08. Memberi isyarat tertentu dengan tangannya kecuali isyarat
menjawab salam atau untuk menegur imam
09. Mengira atau membilang sesuatu.
10. Mengangkat tangan ke atas atau membalik-balikkannya
ketika mengucapkan salam.
11. Membuka mulut ketika menguap. Rasulullah s.a.w.
bersabda dari Abu Hurairah r.a. katanya, "Menguap
dalam solat adalah dayang daripada syaitan, jika seseorang
kamu menguap maka hendaklah ia berusaha menahannya
(dari membuka mulut lebar-lebar). Riwayat Tarmizi & Muslim.
12. Solat dalam keadaan menahan diri dari membuang air
kecil dan air besar atau menahan lapar.
13. Memandang kepada sesuatu yang melalaikan yang
berada di hadapan seperti gambar, pakaian yang
berwarna-warni dan sebagainya.
14. Menurunkan kain hingga mencecah ke lantai serta
menutupi kedua-dua buku lali (bagi lelaki)
15. Solat dalam keadaan mengantuk.
16. Membunyikan ruas-ruas tangan (meletupkan
anak-anak jari).
____________________________________________________________________
SYARAT SAH SEMBAHYANG

SYARAT WAJIB SEMBAHYANG
01. ISLAM
02. BALIGH
02. BERAKAL
SYARAT SAH SEMBAHYANG
01. MENGETAHUI TELAH MASUK WAKTU. JIKA ADA
YANG BERSEMBAHYANG TANPA MEYAKINI
MASUKNYA WAKTU MAKA SEMBAHYANG ITU
TIDAK SAH SEKALIPUNTEPAT PADA WAKTUNYA.
02. MENGHADAP KE KIBLAT. DIMAKSUDKAN
DENGANNYA IALAH DADA. JIKA MUKA ATAU
KEPALA YANG BERPALING SEMASA SEMBAHYANG
TIDAKLAH MEMBATALKAN CUMA MAKRUH.
SEBALIKNYA JIKA DIGERAKKAN 3 KALI BERTURUT-
TURUT MAKA BATALLAH SEMBAHYANG ITU.
03. MENUTUP AURAT. AURAT LELAKI DARI PUSAT
KE LUTUT DAN AURAT PEREMPUAN SELURUH
BADAN KECUALI MUKA DAN DUA TAPAK TANGAN.
04. SUCI DARI NAJIS, BAIK PADA PAKAIAN,
ANGGOTA BADAN DAN TEMPAT SEMBAHYANG.
05. SUCI DARI HADAS, ERTINYA TELAH
MENGAMBIL WUDUK.
PERKARA YANG MEMBATALKAN SEMBAHYANG
MAKSUD BATAL IALAH SEMBAHYANG YANG
DIKERJAKAN ITU DIKIRA TERPUTUS DAN IA
WAJIB MENGULANGI SEMULA SEMBAHYANG ITU.
01. BERKATA-KATA DENGAN SENGAJA SELAIN DARI
LAFAZ AL QURAN.
02. MELAKUKAN LEBIH DARI 3 PERGERAKAN
YANG DILUAR DARI GERAKKAN SEMBAHYANG
DENGAN SENGAJA.
03. KELUAR HADAS SAMA ADA HADAS KECIL
ATAU HADAS BESAR.
04. TERDAPAT NAJIS YANG TIDAK BOLEH
DIMAAFKAN SEPERTI PADA PAKAIAN,
BADAN ATAU TEMPAT SEMBAHYANG.
05. TERBUKA AURAT WALAUPUN DENGAN
TIDAK SENGAJA SEPERTI DITIUP ANGIN
TETAPI JIKA DITUTUP DENGAN SERTA MERTA
TIDAKLAH BATAL SEMBAHYANGNYA.
06. MENGUBAH NIAT SEPERTI IA SEDANG
SEMBAHYANG ISYAK KEMUDIAN DITUKAR
NIATNYA KEPADA SEMBAHYANG SUNAT.
07. MEMBELAKANGKAN KIBLAT DENGAN DADANYA
08. MAKAN WALAUPUN DENGAN SEBIJI NASI
YANG TERLEKAT DI CELAH GIGI.
09. MINUM SEPERTI MENELAN AIR LIUR YANG
MASIH TERASA MANIS ATAU SEBAGAINYA.
10. KETAWA ATAU MEANGIS SEHINGGA
KELUAR SUARA.
11. MURTAD IAITU TERKELUAR DARI
AGAMA ISLAM.
____________________________________________________________________
MAKMUM
MAKMUM MUAFIK & MAKMUM MASBUK
1. MAKMUM MUAFIK
01. Makmum yang lambat membaca kerana kelemahan semulajadi.
02. Makmum yang syak sebelum rukuk dan kemudian dari rukuk.
imam lalu ia teringat yang ia belum lagi membaca fatihah.
03. Makmum yang lupa membaca fatihah hingga rukuk imam dan
sebelum ianya rukuk maka teringat bahawa ia belummembaca fatihah.
04. Makmum yang membaca doa iftitah dan ta'awuz lalu imam pun
pun rukuk sedang makmum belum sempat menghabiskan fatihahnya
05. Makmum yang sengaja tidak membaca fatihah sebab menanti
diam imam lepas membaca fatihah terus rukuk atau membaca
surah yang pendek hingga tidak sempat makmum
menghabiskan fatihahnya.
Dalam keadaan ini wajib makmum menghabiskan bacaan fatihah
dan dia dibolehkan ketinggalan dengan imam hingga 3 rukukyang
panjang. Yang dimaksudkan dengan 3 rukuk itu ialah 1-rukuk,
2-sujud yang pertama, 3-duduk antara dua sujud. Jika masuk
imam pada rukuk yang ke-4 sedangkan makmum belum
sempurna lagi bacaan fatihahnya, maka wajib makmum
itu memilih antara dua:
i. Ikut imam dengan ditambah satu rakaat setelah imam
selesai memberi salam yang pertama.
ii. Niat mufarakah dengan imam (bercerai dari imam).
2. MAKMUM MASBUK
Ialah makmum yang tidak dapat membaca fatihah dalam nasa
imam berdirimaka tidak wajib atasnya menyempurnakan
fatihahnya. Bacaannya hanya sekadar yang dapat dan
dikehendaki rukuk bersama imam.
SEBAB-SEBAB MASBUK
01. Makmum masbuk dikehendaki mengikut imam pada
setiap perbuatan dan dikehendaki tambah mana-mana rukun
yang tertinggal umpamanya satu rakaat dapat bersama imam
pada solat maghrib maka dikehendaki tambah dua rakaat lagi.
02. Pada sembahyang subuh, makmum masbuk mestilah berqunut
sekali lagi untuk dirinya meskipun ia telah berqunut bersama imam
di awal sembahyang.
03. Jika makmum masbuk sedang membaca surah tiba-tiba imam
rukuk maka hendaklah diputuskan dan rukuk bersama imam,
tidak boleh ditangguh lagi.
04. Jika imam dalam keadaan sujud atau tashahud makmum
masbuk hendaklah terus takbiratulihram kemudian duduk
bersama imam . Kalau imam sedang rukuk disunatkan
takbir sekiranya dapat tomakninah dalam rukuk maka
rakaatnya itu akan dikira.
05. Jika makmum sedang takbir tiba-tiba imam beri salam
maka dia ditegah duduk kerana duduk itu untuk mengikut
imam. Jika makmum duduk dengan sengaja dan tahu
akan haramnya maka batallah sembahyangnya. Jika ia
terlupa atau jahil, tidak batal sembahyangnya dan
wajib bangun dengan segera dan sunat sujud sahwi
di akhir sembahyang.
____________________________________________________________________
IBADAH SEMBAHYANG
PANDUAN KHUSUK SEMBAHYANG
01. Menjaga makan dan minum dan memastikan ianya diambil
dari sumber yang bersih lagi halal serta menjauhi makanan
yang shubahat.
02. Membanyakkan sedekah terutama pada fakir miskin
03. Jangan menahan buangan air besar atau air kecil
sebaliknya hendaklah selesai dahulu hajat itu.
04. Mengambil wuduk dengan sempurna supaya air
merata apda semua anggota yang wajib serta
membaca doa apabila air melalui di tiap-tiap
anggota tersebut.
05. Memakai pakaian yang bersih lagi kemas serta bau-
bauan yang diharuskan.
06. Sentiasa sembahyang diawal waktu (melainkan ada
majlis ilmu atau zikir)
07. Memastikan di bahagian hadapan tempat sujud tidak
ada gambar yang boleh menarik pandangan yang
menyebabkan fikiran dan hati terganggu.
08. Banyak mengingatkan mati dan menganggap sembahyang
yang dilakukan itu adalah sembahyang yang terakhir
sekali dalam hidupnya.
09. Menyedari hakikat yang ia sedang berhadapan dengan
Allah Yang Maha Agong dan Maha Mengetahui
segala rahsia hambanya.
10. Menyemaikan di dalam hati perasaan takut dan rendah
diri terhadap Allah Yang Maha Melihat setiap
gerak-geri kita.
11. Cuba memahami segala isi bacaan dalam sembahyang
termasuk ayat Al-Quran dan segala zikir.
12. Sebelum mengangkat takbiratulihram hendaklah membaca
surah an-Nas, selawat ke atas Nabi s.a.w., istighfar dan
apa-apa bacaan untuk menjauhkan ganggunan syaitan.
13. Menumpukan pandangan ke tempat sujud dan tidak
banyak menggerakkan anggota badan atau berpaling
semasa dalam sembahyang.
14. Memastikan seluruh ingatan pada sembahyang dan
melambatkan bacaan tasbih semasa dalam rukuk
dan sujud.
15. Memastikan tidak ada gangguan di dalam kawasan
atau di persekitaran sembahyang.
16. Tidak memandang ke kiri dan ke kanan sebaliknya
hendaklah memandang ke tempat sujud.
____________________________________________________________________
KHUTBAH WIDA'
INI ADALAH KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD
S.A.W. DISAMPAIKAN PADA 9HB. ZULHIJJAH
TAHUN 10 HIJRIYAH DI LEMBAH URANAH, BUKIT ARAFAH.
Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan.
Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan
kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti
kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang
tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota
ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim
sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada
kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti
sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah
bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan dan Dia pasti
membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah
mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba
dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.
Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-
perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak
mengikutnya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri
kamu, mereka juga mempunyai hak diatas kamu. Sekiranya
mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu maka
mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam
suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan
baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana
sesungguhnya mereka adalah lemah dan pembantu kamu yang
setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak
boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam
rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,
sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari,
berpuasalah di bulan Ramadan, dan tunaikanlah zakat dari
harta kekayaan kamu. Kerjakanlah `ibadah Haji' sekiranya
kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah
saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama,
tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali
dalam takwa dan beramal solah.
Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu
hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah
kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu
terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan
datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu
wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku
yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku
tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu
berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu
tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku,
menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir
lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar
dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku
sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.....
____________________________________________________________________
ASAL-USUL SEMBAHYANG
SUBUH
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah
Nabi Adam a.s. iaitu tatkala ia keluar dari syurga lalu di hantar
ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan
ia berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar
Nabi Adam pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat per 1 : bersyukur ia kerana terlepas dari kegelapan malam
Rakaat ke 2 : bersyukur ia kerana siang telah menjelma.
ZOHOR
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi
Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya
agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. sedang seruan itu
datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi
Ibrahim empat rakaat.
Rakaat per 1: bersyukur bagi penebusan.
Rakaat ke 2: bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga
anaknya.
Rakaat ke 3: bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat ke 4: bersyukur kerana korbannya digantikan dengan
tebusan kibasy.
ASAR
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi
Yunus a.s. tatkala ia dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan Nun.
Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang
waktu itu telah masuk Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu
bersembahyang empat rakaat kerana ia telah diselamatkan Allah
dari 4 kegelapan iaitu.
Rakaat per 1: kelam dengan kesalahan.
Rakaat ke 2: kelam dengan air laut.
Rakaat ke 3: kelam dengan malam.
Rakaat ke 4: kelam dengan perut Ikan Nun.e
MAGHRIB
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah
Nabi Isa a.s. tatkala ia dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan
kebodohan kaumnya sedang waktu itu telah terbenamnya matahari.
Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana di-
selamatkan dari kejahilan itu iaitu.
Rakaat per 1: untuk menafikan ketuhanan selain dari Allah
yang Maha Esa.
Rakaat ke 2: untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan
ke atas ibunya Siti Maryam yang dituduh telah melakukan
perbuatan sumbang.
Rakaat ke 3: untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan
itu hanya satu iaitu Allah jua tiada dua atau tiga.Ra
ISYAK
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah
Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat
mencari jalan keluar dari negeri Madyan sedang dalam
dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu
menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada
waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa
empat rakaat sebagai tanda bersyukur. Empat dukacitanya
itu ialah.
Rakaat per 1: dukacita terhadap isterinya.
Rakaat ke 2: dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ke 3: dukacita terhadap Firaun.
Rakaat ke 4: dukacita terhadap anak Firaun.
____________________________________________________________________

Care to comment?


Friday, 26-Aug-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark

kakanda..lama tak dengar khabar
Kau Sahabat, Kekasih Dan Teman- ini lirik lagu Aishah -

Ku harapkan sinar purnama hingga ke siang
Ku harapkan mimpi-mimpi bukan khayalan
Telah aku jelajahi seluruh benua
Mencari pengertian hidup yang sementara

Manusia beranika ragan dan rupa
Ada yang jujur dan ramai berpura-pura
Ku sangka dalam ilmu dan pengetahuan ku
Tapi ada waktu ku terkeliru

Ku dambakan bukan sekadar yang dinamakan
Kekasih yang menemani ke sana sini
Ku dambakan sahabat dan teman setia
Rela bersama suka dan duka

Jadilah kau sahabat ku, kekasih dan teman
Hanya itu yang ku harapkan
Dalam susah dalam senang kita seiringan
Semoga ikatan berkekalan


Care to comment?


Wednesday, 24-Aug-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark

 
 
 
View all 6 photos...
Aris Ariwatan - 1234
Satu... kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih

( korus )
Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan



cantikzzzzzzznyerrr Sat 17-Sep-2005 18:28
Posted by:cikrizarina
cantikkkzzzznyerr Sat 17-Sep-2005 18:29
Posted by:cikrizarina
Add comment


Thursday, 18-Aug-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
beriadah bersama alam

Hospital
Track TitiWangsa
Dayung Putrajaya
View all 12 photos...

nice Thu 18-Aug-2005 05:33
Posted by:1-ryan1  - [Link]
Terima kasih ryan Thu 18-Aug-2005 06:26
Posted by:aki p_emzek@yahoo.com
Add comment


Thursday, 28-Jul-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Kau warnai kehidupan ini...

kau bertahta disini
tahta mu yg sepi
suatu misteri
View all 4 photos...

manelah lawa...palsu bang..tulen!!...palsu bang...tulen!!...palsu bang Sun 14-Aug-2005 23:57
Posted by:aki p_emzek@yahoo.com  - [Link]
thanks for visiting me, saw lots of those butterfly on sale kat melaka recently... re: the waterfall photos, silakan ambil...jangan tak ambil !!! I'm honoured that someone want to use my photos.... Mon 15-Aug-2005 02:55
Posted by:mummy jam  - [Link]
aki : kepada yang empunya...
boleh tak saya dapatkan foto air terjun untuk tujuan aktiviti amal...sumbangan anda amat dialu-alukan

erm..boleh...aktiviti amal macam mana tu yer?
Wed 17-Aug-2005 00:12
Posted by:Kekanakribena  - [Link]
View all 8 comments Add comment


[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  16  17  18  [19]  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.